MEMILIH TAQDIR &

MENGURUS NASIB.

 

 

Pelancaran pada 23 Julai 2011 di Shah Alam

 [lihat semua gambar]

 

Pengenalan

 

Membongkar cara Memilih Taqdir & Mengurus Nasib melalui kaedah Hukum Pengaturcaraan Wareed Kamarika, Brain Mapping, DNA, i-Cell Reprogramming.

Pendedahan dari sudut sains tentang kehebatan sel dalam badan yang jika diprogramkan boleh merawat diri yang sihat, cantik, efektif, adil, berani, pemurah, & mampu membentuk individu menjadi usahawan yang berjaya & cemerlang.

 

Pendekatan utama WAREED KAMARIKA iaitu;

-

Cahaya (nur) merujuk kepada ilmu, dari ungkapan 'pisahkan dari keduanya', atau hasil dari letupan besar (the big bang) mengikut kajian sains, dan;

-

Air Minuman, sebagai asas mulanya kehidupan selain air sebagai agen penyucian dan pemurnian sel.

 

Seminar yang bukan sahaja sebuah majlis ilmu / kuliah yang menitikberat pembelajaran sepanjang hayat, tetapi juga membuka peluang kepada peserta untuk menyertai Gerakan WAREED KAMARIKA dalam membangunkan usahawan-usahawan baru dalam komuniti sebagai Stokis, Pengedar, Peruncit & Pengusaha Produk.

Peserta juga berpeluang menyertai PENGAMAL PRIVILEGE WAREED KAMARIKA yang membolehkan pemegangnya mendapat potongan sehingga 30% kepada semua barangan dan perkhidmatan WAREED KAMARIKA.

 

Oleh itu, sertailah gerakan keamanan ini dengan ikrar dan hasrat dalam tiap diri anda yang mahu melakukan usaha pembetulan (reprogramming) pada diri sendiri, keluarga dan organisasi.

 

Apa itu MTMN?

  • Sebuah Gerakan Keamanan secara berjemaah; menerusi teknik MTMN (Memilih Taqdir, Mengurus Nasib).

  • Menyertainya, membuka peluang ke arah usaha pemulihan mencapai kejayaan.

 

Siapa perlu turut serta?

 

Pesakit

  • Penghidap apa juga penyakit termasuk penyakit misteri.

Pelajar

  • Mereka yang mahu cemerlang dalam pendidikan (akademik cemerlang, akhlak terbilang).

  • Mereka yang mahu mengingat dengan kaedah
    hafalan yang mudah dan terbukti berkesan.

Pengusaha/ Peniaga

  • Mereka yang mahu meningkatkan jualan dalam perniagaan & perusahaan.

  • Mahu menambah rangkaian bakal pelanggan dan pembekal.

Petani / Penternak

  • Mereka yang mahukan pertambahan hasil dan kemakmuran rezeki dari pertanian dan penternakannya.

Cendekiawan.

  • Mereka yang mahu menambah ilmu, berkongsi dan mengembangkan ilmu mereka melalui Gerakan Keamanan WAREED KAMARIKA.

Individu

  • Meningkatkan pendapatan isirumah dan peribadi.

  • Menyelesaikan pelbagai masalah, mencapai cita-cita & impian.

  • Mereka yang mahu bangkit dari kegagalan ekonomi, senarai hitam dan bankrup.

 

Bagaimana MTMN melakukannya?

 

Kami akan melatih sistem-sistem utama pemulihan dan kemajuan, iaitu;

  • i-Cell

  • Brain Mapping

  • Teknologi Ilmu

  • Formula Kejayaan (menurut al-Quran)

  • Hukum Wareed (Law of Attraction)

  • Organon Kamarika - organisasi penyembuhan, personaliti, produktiviti, kepimpinan dan penyelesai masalah.

  • Pendidikan Sepanjang Hayat (sijil hingga ke tahap PhD).

  • Asset Mapping

  • ABCD (Asset Based Community Development)

  • dan lain-lain lagi.

 

Perlaksanaan MTMN

  • Ikrar pengamal untuk melakukan Pengaturcaraan Diri bagi berubah kepada Penyembuhan dan Kebaikan.

  • Mendaftar sebagai Pengamal berterusan dengan menikmati potongan harga sehingga 30% kepada semua produk dan servis MTMN.

  • Mula melakukan perubahan kepada intelligence cell anda dengan produk pemulihan dan pemanjaan sel utama MTMN iaitu Air Avani Beroksigen dimana stukturnya yang sangat stabil untuk penyembuhan dalam kehidupan.

  • Mula menyertai usaha-usaha perubahan diri dengan pelbagai produk dari pimpinan gerakan MTMN (atau produk milik anda yang sedia ada) yang akan dibantu dan diperkembang serta diperkasakan menerusi jaringan rangkaian MTMN (Gerakan Keamanan WAREED KAMARIKA).

 

Anda akan...

  • Menemui Hartawan anda menerusi PILIHAN ILMU MTMN dalam Gerakan Keamanan WAREED KAMARIKA ini.

  • Menemui pemulihan diri dan bebas sakit / penyakit (kronik, keturunan, makhluk halus) dan sebagainya.

  • Menemui dunia Ilmuan Baru dan menerbitkan / melahirkan pencipta, pemikir, dan pendeta baru dari keluarga dan keturunan anda.

 

Semua itu dibina menggunakan prinsip-prinsip Rukun Negara, Perlembagaan, Wawasan 2020, dan sistem keamanan al-Quran serta semua formula dalam ilmu pengetahuan sains.

 

 

Bersama kami Gerakan Keamanan WAREED KAMARIKA dalam meneroka blue-ocean demi ke arah kecemerlangan diri, keluarga dan organisasi.

 

 

Pengasas Teknologi Ilmu

& Hukum Pengaturcaraan

 

 

 

 

Muat Turun Borang;

MASTER     PARLIMEN     PRACTITIONER     ZONE

Borang yang telah lengkap dialamatkan kepada;

RM456, Jalan Permai 1, Taman Permai Height,

78000 Alor Gajah, Melaka. ATAU Fax; 06-336 1986

Pertanyaan, sila hubungi;

019 - 2910738 (Laila)

019 - 2242644 (Arni)

 

 

Baik dari segi penyampaian, isi diberi lengkap dan mudah difahami. Saya akan mulakan hidup baru dengan reprograming semula.

Muhammad Zulhusni bin Shafiee.

Pandangan saya, Wareed Kamarika ini merupakan satu idea, inisiatif, dan gerakan yang sangat baik dan menarik. Jika benar-benar digerakkan akan membantu impak yang besar dan berkesan dalam merubah masyarakat.

Saya rasa teruja untuk menyertai dan bersama menggerakkan gelombang ini.

Othman Musa.

Membantu, membina dan meluaskan ekonomidan hubungan antara satu sama lain.

Izam Idris.

 

 

 

WARKAH DAN WATIKAH
WAREEDKAMARIKA:

“GERAKAN KEAMANAN - WAREEDKAMARIKA”

 

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Keamanan.


Malaysia adalah sebuah cita-cita menjelma peradaban agung hasil dari persembahan seluruh jiwa (tanpa mengira bangsa dan keturunannya). Peradaban agung itu adalah merupakan harapan besar masyarakat dunia ketika memperakukan naskah dan manuskrip Perlembagaan Malaysia, yang dipercayai akan menjelmakan keamanan hakiki untuk faedah seluruh ummah manusia seluruh dunia. Begitu agungnya mereka (bangsa Malaysia itu) hinggakan sesiapa juga tidak dibenarkan sama sekali mengusik dan menganggu bangsa Malaysia ini kerana peri-pentingnya mereka kepada kesejahteraan dan keamanan dunia. Dikatakannya sebagaimana ungkapan, jangan Melayu (merujuk kepada malai atau malaise atau bangsa agung) hilang di dunia.


Ungkapan Malaya juga berasal dari kata akar malai tadi dan ia menggambarkan akan ketinggian darjat sehingga yang tertinggi didunia mengabdikan ungkapan Malay @ Malaya (yang disebut sepenuhnya sebagai Himalaya). Demikian itu, maka ia menepati wajah sebenar mengapa manusia diciptakan di dunia ini iaitu menyaksikan akan keAgungan Pencipta alam ini dan kemudian serta merta naik saksi (mengesahkan), dan dalam masa yang sama mengamankan alam ini, ekoran fitrah alam yang ditakdirkan akan wujudnya iblis (melainkan sebaliknya jika iblis sedia sujud kepada Adam, maka dunia ini hanyalah replika syurga... (tiada bencana dan kesusahan).


Begitulah impian generasi agung dan peradaban agung hasil produk diri (personality) manusia Malaysia, namun apakah suasananya muktahir ini. Kedaulatan dan maruah diri tiap nyawa/jiwa yang mulia dan semulia seorang khalifah Allah kini senantiasa terancam dalam kemelut sosial yang kian rapuh.


Tanpa disedari produk diri itu mempamerkan pelbagai gejala (simptom seperti kesakitan, kepayahan hidup, kerugian, kebuntuan, kekecewaan, kehampaan, kemusnahan dan berbagai lagi).


Manuskrip perlembagaan mempunyai kapsul-kapsul lengkap untuk mengubatinya, namun ia memerlukan kepakaran dan ketulusan dalam menerokai dan merungkainya.


Wareedkamarika telah menyempurnakan kajian secara tindakan (action research) dengan amalan belajar sepanjang hayat (lifelong learning). Hasilnya tindakan pengaturcaraan semula (reprogramming) kita masih sempat dan usaha masih boleh di lakukan untuk meletakkan kembali (reinstate) darjat dan kedaulatan luhurnya lembaga diri tiap nyawa menerusi manuskrip perlembagaan itu dan dinyatakan sebagai “keluhuran perlembagaan”.


Mohon restu, ingin dan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia yang sedar dan Wareedkamarika mengalu-alukan penyertaan penting dalam mendepani krisis yang kian hari kian meningkatkan kos dan bebanan tiap rakyat ini.


Surah Al-Anbia ayat 30, yang bermaksud:
“Dan apakah orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan). Kemudian kami pisahkan antara keduanya dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman”.


Dan pendekatan utama waarid kamarika iaitu cahaya (ilmu) dari ungkapan “pisahkan antara keduanya” atau hasil dari letupan besar (the big bang) mengkut kepercayaan sains; dan air sebagai mulanya kehidupan dan air sebagai agen penyucian. Ringkasnya (selepas memahami arahan) ia merujuk kepada “pemurnian” dan “penyucian”.


Inilah realiti ( x , y ) dalam tiap koordinat masa, ruang, peluang dan wajah titik kehidupan tiap manusia. Jika betul formulanya maka, biarpun angkubah (x) di dunia dalam mode negatif (tidak baik), tetapi titik-titik graf kehidupanya mesti di satah garis y yang positif.


Formula yang dimaksudkan di atas pula telah dibangunkan berdasarkan panduan dari surah Al-Alaq’ yang bermaksud bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari segumpal darah. Segumpal darah itu pula adalah merujuk kepada sistem inteligen manusia yang hidup dalam rahim ibu sehingga membentuk sesuatu tubuh yang begitu kompleks yang lengkap serta sempurna lagi sihat.


Namun begitu ia telah menjadikan seketul daging yang disebut dalam surah al-Najm ayat 11 yang bermaksud hati tidak berdusta apa yang dilihat, dan seketul daging itu disebut dalam riwayat Muslim dengan ; “ketahuilah bahawa di dalam diri kita ada seketul daging apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan. Apabila jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah iaitu adalah hati”.


Demikian keadaannya gerakan keamanan anjuran Wareedkamarika ini akan mengasuh dan membimbing tiap individu, keluarga, kumpulan ahli dalam sebuah organisasi kearah menemui semula keamanan dalam diri mereka, menyempurnakan dalam tuntutan sebenar tiap suara minda mereka dan mengatur semula kesempurnaan semua sel dan intelligen sel nya dari hujung rambut hingga hujung kaki, menerusi dua protokol utama iaitu memilih skrip takdir yang terbaik dan menguruskan tatacara kehidupan menggunakan skrip takdir itu untuk mencapai nasib yang terbaik.

Ini kerana Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Q 13: 11) dan Allah pula tidak menganiayai seseorang walaupun sebesar zarah sekalipun dan jika ada kebaikkan sebesar zarah nescaya Allah akan melipat gandakan dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar.


Oleh itu sertailah gerakan keamanan ini dengan membina ikrar dan janji dalam tiap diri mahu melakukan usaha pada diri sendiri dan kemudian untuk ummah dalam lingkungan tanggungjawab mengatur-cara semula (reprogramming) dengan memulakannya menerusi pakej rangsangan berikut.
a. Memiliki nota rujukan bertajuk : Memilih Takdir - Mengurus Nasib.
b. Menyertai kuliah asas tentang sisitem memilih takdir dan mengurus nasib ( selama 2 jam).
c. Memulakan rangsangan kepada sel tubuh dengan 24 botol (350ml air) yang telah diprogramkan dengan kandungan oksigen yang sangat stabil dan melakukan operasi permulaan bagi pengaturcaraan semula sel.
d. Menerima sijil sebagai pengamal kepada pemulihan semula sel dan lifelong learning (belajar sepanjang hayat). Kad ini membolehkan pemegangnya mendapat potongan SEHINGGA 30% kepada semua barangan dan produk Wareedkamarika sempena gerakan keamanan.
e. Berpeluang menyertai semua program-program life-long learning, pembangunan keusahawanan, gerakan kemuafakatan dan jaringan dalam dan luar Negara, serta pelbagai faedah lain yang menjurus kepada penyelesaian masalah tanpa mengira kaum dan agama dengan menjunjung tinggi keperibadian dan personaliti impian negara Malaysia menurut prinsip rukun negara.
 

Dengan penuh rendah diri, insaf dan hormat saya menyusun jari sepuluh memohon maaf dan restu dari seluruh jiwa dan suara minda moga usaha murni ini benar-benar mendapat keberkatan dan sekaligus mengalu-alukan penyertaan buah fikiran, pandangan, penyertaan produk-produk keluaran masing-masing dan apa juga kebolehan biar sekecil mana sekalipun kerana kepada kami semua ini adalah asset dan takdir yang jika diurus dengan baik sudah pasti ia akan menyumbangkan nasib yang mengamankan diri dan alam dan seterusnya menjadikan ibadah jaringan sepanjang zaman.
 

Dr. Kamari Kasan

 

 

 

 

Testimoni & Track Kejayaan Gerakan Keamanan WAREED KAMARIKA

 

 

 Surat Perakuan

.

 

Klik pada gambar di atas untuk imej yang lebih jelas.

 

 

 

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/261186_249670371714848_7855722_n.jpg

Testimoni Penyembuhan;

"Dengan mengamalkan proses perubatan tanpa memakan ubat, meninggalkan tabiat program diri yang tidak sihat, fokus kepada kecemerlangan, mengenali intelligence cell diri, di samping mengaturcara kembali amalan dalam kehidupan, kini penyakit darah tinggi dan kencing manis tiada lagi".

Mejar (B) Dr Shuhaimi Shahidan.

 

 Komentar Para Peserta Kursus

.

 

 

 

 

Ulasan Para Peserta; Seminar Motivasi Pelajar (untuk anak-anak Pegawai Kastam Negeri Sembilan) bagi menghadapi perperiksaan (UPSR, PMR, SPM) menggunakan sistem dan kaedah Teknologi Ilmu Kamarika (07 Mac 2009, Wisma Kastam Seremban).

 

Kem ini bagus untuk meningkatkan cara-cara menjawab exam. Selain itu, kem ini tidak bosan dan menyeronokan. Di samping itu, kita dapat mengetahui bahawa setiap perbuatan/perkataan yang dilakukan akan tetap berlaku pada satu hari nanti kelak. Ini dapat menyedarkan mereka supaya berhati-hati dan tidak tergesa-gesa. Abg-abg fasi pula tidak poyo (haha) dan peramah. Dan penceramah pula kelakar. Oleh itu, saya bagi lima (5) bintang.

 

This motivation session is very good to educate students towards success. We learn through group activities and most precious thing is to learn to imagine and think. I simply adore the activities that i did just now. Its is a motivation activities to let me know how to study smart. There is never stupid person, people who thinks they are stupid will lose in this war. Now i know, it is not wrong to imagine and day dream because we have to put ourself to be successfull. This motivation camp is good for all ages. All the people whos in this camp are friendly and i am comfortable with them. I dont think we need any improvement. Just stay humourous and keep motivated people... tak baik kedekut ilmu. Saya bagi lima (5) bintang.

 

Pandangan dan pendapat saya untuk kursus ini ialah bagus untuk golongan remaja seperti saya. Hal ini sekali gus dapat merapatkan silaturahim sesama kawan. Selain itu saya juga dapat bertemu kawan baru yang datangnya dari kawasan dan perlakuan tertentu. Tetapi jika pihak penganjur dapat menjalankan aktiviti yang menarik seperti  mencari harta karun, kuiz, mengadakan persembahan; dan berbagai lagi, mungkin dapat menarik lebih ramai golongan anak Kastam untuk bersama mengikuti program ini. Aktiviti yang saya maksudkan di sini ialah aktiviti outdoor yang mana banyak memerlukan pergerakan dan tidak sahaja mementingkan aspek mental. Saya juga turut mencadangkan tahun hadapan kursus ini dapat dijalankan dalam berlainan bentuk seperti melakukan dalam 3 hari 2 malam. Hal ini dapat banyak melakukan aktiviti sambil menghilangkan stress belajar.

.

Lagi komen peserta...

 

 

Ulasan Para Peserta; Kursus KDSS MLM Islamic untuk usahawan Multi Level Marketing EG Excellence (23-25 Mac 2009 di Sri Pena, Port Dickson, NS)

 

Sun, 29 Mar 2009 [03/29/09 18:46:41 Malay Peninsula Standard Time]
Email: dexnamaulan@yahoo.com.my
Nama Samaran: dexnamaulan
Tajuk: Mesej: Kepada En. Kamari bin Kasan, Terima kasih kerana sentuhan ilmu yang diberikan telah mewujudkan ikatan KASIH SAYANG yang kekal abadi di antara kita semua. Insyallah segala ilmu yang di curahkan dan akan kami sebarkan kepada insan-insan memerlukannya. Amin

 

Fri, 27 Mar 2009 [03/27/09 23:51:23 Malay Peninsula Standard Time]
Email: mhh_keg@yahoo.com
Nama Samaran: ANJE
Tajuk: Maklum balas kursus PD 23hb Mac-25hb Mac 2009
Mesej: Kepada En. Kamari Kasan,
Terima kasih di atas segala ilmu yg di curahkan selama 3 hari 2 mlm di PD yg lalu. Setelah saya menghadiri kursus ini baru dapat saya mengenali diri sebenar, kekurangan dan kelemahan diri. Insyaallah akan saya praktikkan apa yg di pelajari.. Terima kasih..WASSALAM

 

Thu, 26 Mar 2009 [03/26/09 19:14:53 Malay Peninsula Standard Time]
Email: hisam.oxford@gmail.com
Tajuk: Tahniah! Kursus Yang HEBAT
Mesej: Kepada En. Kamari Kasan, Melihat kpd kesungguhan tuan, saya merasakan segala pengorbanan dan usaha tuan untuk meninggikan lagi darjat bangsa Melayu wajar dihargai dan mudah-mudahan Allah akan merahmati segala usaha tuan. Semoga KAMARIKA terus Success!! dan menjadikan Desire for Excellent sebagai Nur hidup. Syabas!

.

Lagi komen peserta...

 

 

 Keratan Akhbar

.

 

Klik pada gambar di atas untuk imej yang lebih jelas.

 

Klik pada gambar di atas untuk imej yang lebih jelas.


 

 

    << Kembali ke Laman Utama

 

    

Seminar dianjurkan oleh Furnitech (M) Sdn Bhd